Syarat Kelayakan Pinjaman | - Warganegara Malaysia
- Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 - 5 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
- Berumur di antara 15 - 25 tahun semasa memulakan latihan.
- Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada agensi kerajaan lain.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
- Mengemukakan 2 orang penjamin.
- Belajar sepenuh masa.
| | Jumlah Pinjaman | - Kadar pinjaman adalah RM 5,000.00 setahap atau dua tahap bagi kursus kombinasi tahap.
- Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
- Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman.
| | Penjamin | - Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
- Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan;
- Penjamin pertama dan kedua hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM 1,000.00 sebulan;
- Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;
- Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; dan
- Peminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.
- Pengecualian : Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.
| | * Keputusan ini berkuatkuasa mulai permohonan pinjaman bagi pengambilan Jun/Julai, 2007. | Mekanisma Pinjaman | - Bagi peminjam dari penyedia latihan awam, pinjaman disalurkan melalui penyedia latihan.
- Bagi peminjam dari penyedia latihan swasta, yuran dibayar terus kepada penyedia latihan dan baki pinjaman dikreditkan ke akaun bank peminjam.
| | Perhatian : Permohonan dan perjanjian pinjaman yang tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan. |
|