Skip to content
  PIAGAM PELANGGAN  
  PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN  

 


Kami diamanahkan untuk menguruskan pembiayaan/pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih kursus kemahiran, berjanji memastikan proses permohonan pinjaman dikendalikan dalam tempoh-tempoh berikut dengan syarat borang dan dokumen sokongan adalah lengkap:Meluluskan permohonan pinjaman dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

  • Meluluskan permohonan pinjaman dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

  • Menyemak perjanjian dan menyediakan laporan lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan perjanjian;

  • Menyediakan arahan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima dokumen sokongan lengkap untuk melepaskan bayaran;

  • Membuat bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima arahan bayaran;

  • Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Balik sebulan sebelum peminjam patut memulakan bayaran balik pinjaman; dan

  • Menghantar Kad Akuan Penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaannya dan mengambil tindakan penyelesaian dalam tempoh 7 hari bekerja.
 

 

Khidmat yang cemerlang dan berhemah tinggi adalah  menjadi pegangan kami