Skip to content
Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPK
Bayaran pinjaman boleh dibuat terus secara online di
PANDUAN MENGISI BORANG DEPOSIT/BAYARAN
1. Nama :
tuliskan di atas nama Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
2. No Akaun :
tuliskan nombor akaun PTPK iaitu : 14100-29-00024498-3.
3. Simpanan/Bayaran :
tandakan  pada jenis pembayaran dan tuliskan jumlah bayaran yang hendak dibayar.
4. Rujukan 1 :
tuliskan nombor kad pengenalan peminjam yang digunakan semasa memohon pinjaman.
5. Rujukan 2 :
tuliskan nombor akaun peminjam (rujuk bahagian penjuru kiri bawah d i surat peringatan bayaran balik pinjaman).
6. Rujukan 3 :
tuliskan nama, alamat & nombor telefon peminjam/pembayar yang boleh dihubungi.
(Sila muat turun contoh borang bayaran di bahagian muat turun)
   
Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Peringatan:  
  1. Peminjam hendaklah membuat bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan penambahan kadar fi pentadbiran.
  2. Pastikan semua butiran mengenai peminjam adalah betul dan tepat pada cetakan komputer sebelum anda meninggalkan kaunter.
  3. Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran hendaklah dibayar 6 bulan selepas tamat latihan.
Kaunter Bayaran:
Tempat Bayaran/ Cara Bayaran
Kaunter Bayaran PTPK,
Blok I Aras 4,
Pusat Bandar Damansara,
Bukit Damansara,
50530 Kuala Lumpur.
03-2084 0500 samb. 507 / 508 
Tunai / Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank / Banker's Cheque'.
Hari Dan Waktu Bayaran Di Kaunter PTPK Atau Di Bank Simpanan Nasional
Hari Di Kaunter PTPK Di Kaunter BSN
Isnin – Khamis 8.15 pagi -  4.30 petang 9.00 pg -  4.00 ptg
Jumaat
8.15 pagi - 12.15 tengahari dan
2.45 petang  -  4.30 petang
1. Jika bayaran dibuat melalui pos, sila kemukakan wang pos / kiriman wang / bank draf dibayar kepada Ketua     Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan Alamatkan kepada:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Blok I (Selatan), Aras 3, 4 dan 5,
Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,
50530 Kuala Lumpur
2. Tuliskan di bahagian belakang wang pos, kiriman wang atau bank draf.
  • Nama peminjam
  • No. kad pengenalan peminjam
  • No. akaun peminjam
  • No. telefon
Tempat Bayaran
Cara Bayaran
Kaunter Bayaran PTPK,Blok I Aras 4,Pusat Bandar Damansara,Bukit Damansara,50530 Kuala Lumpur.03-2084 0500 samb. 507 / 508

Tunai / Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank / ‘Banker’s  Cheque.

Waktu urusan:

Isnin - Khamis : 7.30 pagi – 1.00 petang
  2.00 petang – 5.30 petang
Jumaat 7.30 pagi – 12.00 t/hari
  2.45 petang – 5.30 petang

Ibu Pejabat atau semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Tunai - Menggunakan borang Deposit/Bayaran yang terdapat di semua cawangan BSN.Caj perkhidmatan RM1.00 dibayar kepada BSN. Arahan Tetap (BSN sahaja) Peminjam perlu mengisi borang Permohonan Arahan Tetap yang boleh didapati di semua cawangan BSN.Melalui mesin ATM BSN Caj Perkhidmatan RM1.00 dikenakan
  1. Bayaran melalui arahan potongan gaji boleh diuruskan dengan menulis surat ke PTPK dengan    memberikan nama dan alamat majikan, no. gaji/pekerja, nombor telefon majikan serta jumlah potongan bulanan.
  2. Bayaran boleh juga dibuat melalui Arahan Tetap kepada bank (Standing instruction) sekiranya tuan/puan mempunyai akaun dengan BSN.